Thursday, July 10, 2008

Selamat Datang kepada mahasiswa/i baru UKM!!!

Selamat datang dan TAHNIAH diucapkan kepada mahasiswa/i baru sesi 2008/2009 kerana telah terpilih untuk menjadi mahasiswa/i ukm amnya dan warga ktho khususnya.
Borang penyertaan untuk menyertai keluarga k-shop telah dikeluarkan dan amatlah mendapat sambutan serta laris seperti pisang goreng. namun kepada sesiapa yang masih berminat tetapi tidak berkesempatan untuk merebut borang tersebut bolehlah hubungi saya di talian 012-4217751. TARIKH TUTUP untuk menghantar borang tersebut ialah pada 18hb.. harap sertakan gambar pada borang yang dihantar.

akhir kata.. majulah k-shop untuk ktho dan ukm.



-Romizal Mohamad (Romy)
Pengurus Besar K-Shop

Friday, January 25, 2008

Pengurusan (management) yang lama bagi sesi 07/08 diBUBARkan dan Pengurus serta Deparment baru diwujudkan...

Harap Maklum kepada K-shopian2... pengurus dan Department bagi sesi 07/08 telah diberi nafas baru...

Setiap Pengurus tidak ada Shif tugas menjaga K-shop... Tetapi mereka boleh ganti shif jika tiada petugas yang boleh ganti...

Department yang wujud sekarang hanyalah
1) Kewangan
2) Pemasaran dan Operasi
3) Stok
4) Sumber Manusia

Pengurus-pengurus yang baru dilantaik adalah seperti berikut...

Pengurus Kewangan
MOHD ROHAIZAD BIN MOHD RODZI (010)

Pengurus Pemasaran dan Operasi
MOHD AMMIRU MUZZAKI BIN MOHD KHAIRULLAH (002)

Pengurus Stok
HASLINDA EMERAN (034)

Pengurus Sumber Manusia
NURUL 'FARAHAIN MOKHTAR (020)


Harap Maklum.

Yang Benar,
ROMIZAL MOHAMAD BIN HAJI ROSLE
PENGURUS BESAR K-SHOP

Saturday, September 1, 2007

Gerai K-Shop sempena Minggu Konvo

Hari pertama jualan minggu KONVO UKM ke-35 2007.

Jualan Minggu Konvo UKM adalah salah satu aktiviti tahunan k-shop dimana sebuah gerai akan dibuka di perkarangan panggung seni dan menjual pelbagai makanan dan minuman siap dan segera seperti keropok, biskut, coklat, gula-gula, burger, nugget, fishball, kek coklat dan makanan seperti nasi ayam serta minuman tin dan kotak yang dijual dengan harga yang berpatutan.



- dari kiri romy, burn, amir dan paan






-antara minuman yang dijual dengan harga yang sangat berpatutan. (murah dari gerai-gerai lain... gerai lain tak puas hati...hehehe)




-Orang sibuk nak buat keje, yang dua org tu lak sibuk berposing... hehehe





-antara makanan yang dijual... nama bukan main oo... hehehe
(dari kiri syidah, amir, romy dan farah )







-paan memberi arahan ke tu???






-tu betul-betul buat keje ke action je???hehehe

Friday, August 31, 2007

Wajah pengusaha-pengusaha K-Shop junior di minggu 3M





























Carta Organisasi K-Shop Kolej Tun Hussein Onn 07/08


Carta Organisasi K-Shop Kolej Tun Hussein Onn 2007/2008

Gerai K-SHOP Hari Pendaftaran Pelajar Baru 2007/08

Jualan K-SHOP pada hari pendaftaran pelajar baru yang menyediakan keperluan harian seperti sabun, baldi, penyapu, bakul sampah, dan bantal serta makanan dan minuman ringan di hadapan perkarangan Kolej Tun Hussein Onn amat mendapat sambutan dari pelbagai pihak termasuklah pelajar dan ibu bapa.

-dari kiri Romy, Rahila, Asyif, Amir dan Ejat



Gerai K-Shop ini secara tidak langsung memudahkan para pelajar dan ibu bapa untuk mendapatkan barang-barang yang mereka tidak bawa dari rumah atau barang-barang yang mereka mahu beli untuk kegunaan sepanjang berada di universiti.



Ini kerana ada pengunjung yang datang dari jauh dan tidak tahu kawasan sekitar UKM untuk mendapatkan barang-barang keperluan anak-anak mereka. Maka jualan K-SHOP pada hari itu memanglah dianggap sebagai satu keperluan untuk setiap tahun.

-mesra pelanggan, itu kelebihan kami...
(si adik kecil yang berminat menyertai K-Shop tapi tak cukup umur)

Tuesday, August 21, 2007




Pengurus diapit Pengurus Kewangan dan Timbalan Pengurus Kewangan...
-diapit je...xdapat dibolek...hehehe